Sunday, 21 February 2016
Tuesday, 16 February 2016
Khidmat Runding Cara Untuk Syarikat
Kami menyediakan khidmat runding cara untuk mana2 agen atau company yang memerlukan servis permit untuk:-
1. Dp10
2. Dp11
3. 6P
4. Permit Pekerja Asing
5. Permit Pembantu Rumah Asing
6. Pembantu Rumah Asing
Segala urusan adalah secara sah. cuma kami akan memudahkan kerja tuan-tuan.
Hubungi 014 6161 008
1. Dp10
2. Dp11
3. 6P
4. Permit Pekerja Asing
5. Permit Pembantu Rumah Asing
6. Pembantu Rumah Asing
Segala urusan adalah secara sah. cuma kami akan memudahkan kerja tuan-tuan.
Hubungi 014 6161 008
Wednesday, 10 February 2016
Info Ringkas Mengenai Pembantu Rumah
Isu Pembantu Rumah
(PRA) melarikan diri
Isu tentang pembantu rumah melarikan diri sudah menjadi topik
yang sudah lama namun kes ini perlu di titik beratkan kerana melibatkan aspek
penting dari segi kos, keselamatan, harta benda dan juga boleh menyebabkan hilangnya
kepercayaan untuk majikan mendapatkan khidmat pembantu rumah.
Banyak faktor atau
penyebab berlakunya “kes lari” ini. Beberapa faktor dapat di kenal pasti
seperti :-
a.
Gangguan luar (persekitaran rumah majikan)
b.
Gangguan keluarga (keluarga pembantu/keluarga
majikan)
c.
Gangguan perasaan (kes cinta,kes perceraian)
d.
Pembantu Rumah tidak terlatih
e.
Majikan terlalu cerewet
Gangguan Luar
Kawasan persekitaran rumah majikan/tempat PRA bekerja perlu
di ambil kira supaya majikan boleh mengelakkan terjadinya kes lari. Jika
kawasan rumah majikan berdekatan dengan tempat pembinaan, kedai-kedai kecil
yang di monopoli oleh pekerja asing, rumah sewa berdekatan yang di sewa oleh
orang asing dan juga orang bujang, majikan perlu mengambil langkah berjaga-jaga
dengan mengawal keluar masuk PRA. Majikan tidak boleh sewenang-wenangnya
memberi kebenaran kepada PRA untuk keluar masuk rumah kerana boleh terdedah
kepada orang persekitaran seterusnya PRA akan terpedaya dengan “cerita manis”
dan tipu daya mengenai keseronokan bekerja di tempat lain. PRA yang belum
pernah datang ke Malaysia mudah tertipu dengan golongan yang suka mengambil
kesempatan ini.
Gangguan Keluarga
Gangguan keluarga samada dari keluarga PRA atau keluarga
majikan sendiri memainkan peranan yang penting dalam menentukan ketetapan/ketenangan
PRA untuk bekerja. Majikan seharusnya mengawal perhubungan antara PRA dan
keluarga mereka. Kebiasaan, keluarga PRA akan menekan PRA supaya menghantar duit
sekerap mungkin dan ini akan menyebabkan PRA tertekan seterusnya boleh
menyebabkan PRA terpaksa mencari jalan untuk mendapatkan wang tambahan. PRA
yang tidak berfikir panjang dan terlalu tertekan, akan mengambil jalan singkat
seperti mencuri duit majikan, menjual barang majikan seterusnya apabila PRA
terasa bersalah dan malu pada majikan. Mereka akan melarikan diri dan cuba
bekerja di tempat lain pula.
Keluarga majikan juga memainkan peranan penting dalam hal
ini. PRA seharusnya tidak boleh mendapat arahan berbeza dalam satu masa untuk
memenuhi semua keperluan keluarga majikan. PRA mahupun sesiapa pun tidak akan
mampu membuat 3,4 kerja dalam satu masa. Majikan seeloknya membuat jadual
bekerja supaya kerja PRA lebih tersusun dan teratur. Ada kes di mana keluarga majikan
yang tidak tinggal bersama tetapi membawa pakaian luar untuk di basuh,di
sterika dan di lipat.
Gangguan Perasaan
Majikan seharusnya menyekat dari PRA menjalinkan hubungan
cinta ketika bekerja. Terutamanya bercinta dengan seseorang yang berada di
Malaysia. PRA akan meminta h/p untuk berhubung dengan pasangan dan ini boleh
mengganggu prestasi PRA. Kes perceraian ketika PRA sedang bekerja juga boleh
mengganggu PRA. PRA perlu di kawal untuk membantu mereka fokus pada dalam
melakukan kerja seharian mereka.
PRA Kurang
Berkualiti/Kurang Latihan
Ada agensi yang mengambil pekerja tanpa memberi latihan
kepada PRA. Agensi sepatutnya memberi latihan kepada PRA paling kurang
mendedahkan PRA tentang suasana dan cara kerja rumah di Malaysia. Ada PRA dari pendalaman yang tidak pernah bekerja atau
tidak pernah membuat kerja rumah semasa di kampong, mereka ini perlu di beri
latihan sewajarnya oleh agensi supaya dapat mengurangkan kesalahan dalam
membuat kerja dan dapat mengurangkan perlunya majikan memberi tunjuk ajar yang
berterusan.
Majikan Cerewet
PRA seharusnya berkualiti dalam kerja dan majikan pula perlu
berkualiti supaya antara PRA dan majikan mudah wujud keserasian bersama. Ada
majikan yang terlalu cerewet dan suka mengeluarkan kata-kata kesat pada PRA dan
menekan perasaan PRA. Majikan seharusnya tegas namun perlu juga bertolak ansur
dengan PRA sekiranya PRA melakukan kesalahan. Majikan perlu menegur dengan
tegas supaya kesalahan sama tidak berulang. Majikan boleh membuat tata kerja
untuk rujukan PRA, membuat nota peraturan, dan memberi tunjuk ajar semasa
tempoh penyesuaian antara majikan dan PRA.
TIPS untuk Majikan
Ø
Handphone perlu di kawal. PRA tidak boleh
menyimpan h/p sendiri
Ø
Jadual kerja, peraturan rumah majikan perlu di
buat
Ø
Sentiasa berinteraksi dengan PRA untuk memahami
PRA
Ø
Mendapatkan PRA dari agensi yang boleh di
percayai
Ø
Mengawal pergaulan PRA dengan orang luar
Ø
Menyimpan barang-barang berharga PRA
*Penulisan info ini hanyalah pandangan saya. Tiada kena mengena/khusus pada
sesiapa. Sama-sama mendapat kemudahan dan keberkatan –Ricky 11 Feb 2016
Tuesday, 9 February 2016
Our Contact Details
MAID @ PEMBANTU
RUMAH @ 家佣
Penat? Tiada masa
utk kerja rumah? Perlu bantuan jaga anak, orang sakit atau orang tua?
Kami menyediakan
PEMBANTU RUMAH / MAID / 家佣 untuk anda!!!
We provide MAID to
ALL!!
Kelebihan tempat
kami/Our Superiority :-
1. Permit Sah Undang-undang/Legal Permit
2. Ada Jaminan/Have warranty
3. Dapat Segera/Instant hired
4. Ada latihan/Got Trained
5. Sesi kaunseling 2 tahun/Free couseling 2
years
NO HIDDEN
CHARGES/COMPLETE DOCUMENT WITH CONTRACT
Contact Us Now:-
Whatsapp : 014 6161
008
Office : 03 7831 7713
Facebook : www.facebook.com/maid.pembanturumah
Website
: http://pembanturumahquestar.blogspot.my/
FORWARD THIS MESSAGE TO ALL GROUP AND FRIENDS TO GET
GIFT.T&C
Wednesday, 3 February 2016
Kelayakan Memohon Pembantu Rumah & Senarai Dokumen
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MAJIKAN
• Majikan terdiri daripada suami dan isteri dan mempunyai:
i. Anak berumur bawah 15 tahun ATAU
ii. Ibu bapa yang sakit/uzur.
• Majikan mestilah bekerja dan hanya satu (1) Pembantu Rumah Asing (PRA) yang layak dipohon untuk satu keluarga. Jika pendapatan majikan melebihi rm10’000.00/bulan, layak untuk memohon Pembantu Rumah Asing (PRA) kedua.
i. Anak berumur bawah 15 tahun ATAU
ii. Ibu bapa yang sakit/uzur.
• Majikan mestilah bekerja dan hanya satu (1) Pembantu Rumah Asing (PRA) yang layak dipohon untuk satu keluarga. Jika pendapatan majikan melebihi rm10’000.00/bulan, layak untuk memohon Pembantu Rumah Asing (PRA) kedua.
DOKUMEN YANG DI PERLUKAN
l 1. Borang permohonan PRA
2. Borang IM 12. (Permohonan PLKS)
3. Borang Personal Bond yang dimatikan setem RM10.00
4. Perjanjian Pekerjaan di antara majikan dan PRA yang dimatikan setem RM10.00 (1 set asal dan 1 set salinan)
5. Salinan kad pengenalan majikan (suami dan isteri)
6. Salinan pasport PRA
7. Laporan perubatan bakal PRA dari negara asal oleh panel yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
8. Bukti pendapatan tetap suami isteri:
9. Penyata KWSP dan slip gaji (3 bulan terkini) ATAU
10. Borang e-BE/ Penyata LHDN yang disah terima beserta slip bayaran
11. Sijil perkahwinan (bagi permohonan kali pertama sahaja)
2. Borang IM 12. (Permohonan PLKS)
3. Borang Personal Bond yang dimatikan setem RM10.00
4. Perjanjian Pekerjaan di antara majikan dan PRA yang dimatikan setem RM10.00 (1 set asal dan 1 set salinan)
5. Salinan kad pengenalan majikan (suami dan isteri)
6. Salinan pasport PRA
7. Laporan perubatan bakal PRA dari negara asal oleh panel yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
8. Bukti pendapatan tetap suami isteri:
9. Penyata KWSP dan slip gaji (3 bulan terkini) ATAU
10. Borang e-BE/ Penyata LHDN yang disah terima beserta slip bayaran
11. Sijil perkahwinan (bagi permohonan kali pertama sahaja)
* Maid Inquiry : contact 014 6161 008
Monday, 1 February 2016
Contoh Jadual Pembantu Rumah
Jadual Pembantu Rumah
Jadual untuk Pembantu Rumah amat penting untuk melatih Pembantu Rumah mengikut masa dan membuat kerja mengikut keperluan majikan masing-masing. Pembantu rumah dari kami telah menjalani latihan untuk ,menguruskan kerja rumah dan di bekalkan jadual semasa sesi latihan. Apabila berada di tempat kerja, jadual baru perlu di berikan untuk Pembantu Rumah mengetahui apa keperluan majikan di sesebuah rumah tersebut. Ini akan menambahkan lagi kecekapan pembantu seterusnya memudahkan majikan kerana tidak perlu memberi arahan yang sama pada setiap hari.
Di bawah kami berikan CONTOH JADUAL untuk Pembantu Rumah
Jadual untuk Pembantu Rumah amat penting untuk melatih Pembantu Rumah mengikut masa dan membuat kerja mengikut keperluan majikan masing-masing. Pembantu rumah dari kami telah menjalani latihan untuk ,menguruskan kerja rumah dan di bekalkan jadual semasa sesi latihan. Apabila berada di tempat kerja, jadual baru perlu di berikan untuk Pembantu Rumah mengetahui apa keperluan majikan di sesebuah rumah tersebut. Ini akan menambahkan lagi kecekapan pembantu seterusnya memudahkan majikan kerana tidak perlu memberi arahan yang sama pada setiap hari.
Di bawah kami berikan CONTOH JADUAL untuk Pembantu Rumah
SAMPLE JADUAL PEMBANTU RUMAH |
Subscribe to:
Posts (Atom)