Isu Pembantu Rumah
(PRA) melarikan diri
Isu tentang pembantu rumah melarikan diri sudah menjadi topik
yang sudah lama namun kes ini perlu di titik beratkan kerana melibatkan aspek
penting dari segi kos, keselamatan, harta benda dan juga boleh menyebabkan hilangnya
kepercayaan untuk majikan mendapatkan khidmat pembantu rumah.
Banyak faktor atau
penyebab berlakunya “kes lari” ini. Beberapa faktor dapat di kenal pasti
seperti :-
a.
Gangguan luar (persekitaran rumah majikan)
b.
Gangguan keluarga (keluarga pembantu/keluarga
majikan)
c.
Gangguan perasaan (kes cinta,kes perceraian)
d.
Pembantu Rumah tidak terlatih
e.
Majikan terlalu cerewet
Gangguan Luar
Kawasan persekitaran rumah majikan/tempat PRA bekerja perlu
di ambil kira supaya majikan boleh mengelakkan terjadinya kes lari. Jika
kawasan rumah majikan berdekatan dengan tempat pembinaan, kedai-kedai kecil
yang di monopoli oleh pekerja asing, rumah sewa berdekatan yang di sewa oleh
orang asing dan juga orang bujang, majikan perlu mengambil langkah berjaga-jaga
dengan mengawal keluar masuk PRA. Majikan tidak boleh sewenang-wenangnya
memberi kebenaran kepada PRA untuk keluar masuk rumah kerana boleh terdedah
kepada orang persekitaran seterusnya PRA akan terpedaya dengan “cerita manis”
dan tipu daya mengenai keseronokan bekerja di tempat lain. PRA yang belum
pernah datang ke Malaysia mudah tertipu dengan golongan yang suka mengambil
kesempatan ini.
Gangguan Keluarga
Gangguan keluarga samada dari keluarga PRA atau keluarga
majikan sendiri memainkan peranan yang penting dalam menentukan ketetapan/ketenangan
PRA untuk bekerja. Majikan seharusnya mengawal perhubungan antara PRA dan
keluarga mereka. Kebiasaan, keluarga PRA akan menekan PRA supaya menghantar duit
sekerap mungkin dan ini akan menyebabkan PRA tertekan seterusnya boleh
menyebabkan PRA terpaksa mencari jalan untuk mendapatkan wang tambahan. PRA
yang tidak berfikir panjang dan terlalu tertekan, akan mengambil jalan singkat
seperti mencuri duit majikan, menjual barang majikan seterusnya apabila PRA
terasa bersalah dan malu pada majikan. Mereka akan melarikan diri dan cuba
bekerja di tempat lain pula.
Keluarga majikan juga memainkan peranan penting dalam hal
ini. PRA seharusnya tidak boleh mendapat arahan berbeza dalam satu masa untuk
memenuhi semua keperluan keluarga majikan. PRA mahupun sesiapa pun tidak akan
mampu membuat 3,4 kerja dalam satu masa. Majikan seeloknya membuat jadual
bekerja supaya kerja PRA lebih tersusun dan teratur. Ada kes di mana keluarga majikan
yang tidak tinggal bersama tetapi membawa pakaian luar untuk di basuh,di
sterika dan di lipat.
Gangguan Perasaan
Majikan seharusnya menyekat dari PRA menjalinkan hubungan
cinta ketika bekerja. Terutamanya bercinta dengan seseorang yang berada di
Malaysia. PRA akan meminta h/p untuk berhubung dengan pasangan dan ini boleh
mengganggu prestasi PRA. Kes perceraian ketika PRA sedang bekerja juga boleh
mengganggu PRA. PRA perlu di kawal untuk membantu mereka fokus pada dalam
melakukan kerja seharian mereka.
PRA Kurang
Berkualiti/Kurang Latihan
Ada agensi yang mengambil pekerja tanpa memberi latihan
kepada PRA. Agensi sepatutnya memberi latihan kepada PRA paling kurang
mendedahkan PRA tentang suasana dan cara kerja rumah di Malaysia. Ada PRA dari pendalaman yang tidak pernah bekerja atau
tidak pernah membuat kerja rumah semasa di kampong, mereka ini perlu di beri
latihan sewajarnya oleh agensi supaya dapat mengurangkan kesalahan dalam
membuat kerja dan dapat mengurangkan perlunya majikan memberi tunjuk ajar yang
berterusan.
Majikan Cerewet
PRA seharusnya berkualiti dalam kerja dan majikan pula perlu
berkualiti supaya antara PRA dan majikan mudah wujud keserasian bersama. Ada
majikan yang terlalu cerewet dan suka mengeluarkan kata-kata kesat pada PRA dan
menekan perasaan PRA. Majikan seharusnya tegas namun perlu juga bertolak ansur
dengan PRA sekiranya PRA melakukan kesalahan. Majikan perlu menegur dengan
tegas supaya kesalahan sama tidak berulang. Majikan boleh membuat tata kerja
untuk rujukan PRA, membuat nota peraturan, dan memberi tunjuk ajar semasa
tempoh penyesuaian antara majikan dan PRA.
TIPS untuk Majikan
Ø
Handphone perlu di kawal. PRA tidak boleh
menyimpan h/p sendiri
Ø
Jadual kerja, peraturan rumah majikan perlu di
buat
Ø
Sentiasa berinteraksi dengan PRA untuk memahami
PRA
Ø
Mendapatkan PRA dari agensi yang boleh di
percayai
Ø
Mengawal pergaulan PRA dengan orang luar
Ø
Menyimpan barang-barang berharga PRA
*Penulisan info ini hanyalah pandangan saya. Tiada kena mengena/khusus pada
sesiapa. Sama-sama mendapat kemudahan dan keberkatan –Ricky 11 Feb 2016